Wednesday, February 29, 2012

Unsur Penipuan Di Dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian

Kebelakangan ini sering terdapat rungutan dan laporan daripada orang ramai berkaitan kes penipuan di dalam skim pelaburan pertanian yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta dan individu tertentu. Kes-kes penipuan ini melibatkan penyertaan orang ramai dalam projek-projek pertanian seperti penanaman serai, penternakan cacing, lintah, ikan keli dan burung walit. Syarikat-syarikat swasta ini akan memujuk orang ramai berdaftar sebagai ahli dengan mengenakan yuran keahlian yang tinggi di samping meminta ahli untuk membeli benih dan lain-lain input pertanian daripada syarikat berkenaan sebagai syarat utama untuk menyertai skim pelaburan ini. Syarikat ini turut menjanjikan pembelian balik hasil pertanian dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Kes-kes penipuan seperti ini telah pun dikesan di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pahang.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah diminta supaya berhati-hati terhadap tawaran syarikat tertentu dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian. Orang ramai juga adalah dinasihatkan merujuk kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau agensi-agensi kerajaan yang berkenaan bagi memastikan kesahihan syarikat atau individu yang menawarkan sebarang Skim Pelaburan Projek Pertanian.

Bahagian Penggalakan Pelaburan
Pembangunan Perniagaan dan Penswastaan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani



Penipuan Skim Pelaburan Pertanian

Unsur Penipuan Di Dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian Yang 
Dianjurkan Oleh Syarikat Swasta & Individu Tertentu.

Terdapat rungutan dan laporan daripada orang ramai berkaitan kes penipuan skim pelaburan pertanian yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta dan individu tertentu sejak kebelakangan ini. Kes-kes penipuan ini melibatkan penyertaan orang ramai dalam projek-projek pertanian seperti projek penanaman serai, penternakan cacing, penternakan lintah, penternakan ikan keli dan penternakan burung walit.
Syarikat-syarikat swasta ini akan memujuk orang ramai berdaftar sebagai ahli dengan mengenakan yuran keahlian yang tinggi disamping meminta ahli untuk membeli benih dan lain-lain input pertanian daripasa syarikat berkenaan sebagai syarat utama untuk menyertai skim pelaburan ini. Syarikat ini turut menjanjikan pembelian balik hasil pertanian dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
Kes-kes penipuan seperti ini telahpun dikesan di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pahang.
Sehubungan itu orang ramai khususnya ahli-ahli Pertubuhan Peladang diingatkan agar berhati-hati dengan tawaran skim pelaburan dalam projek pertanian yang dibuat oleh syarikat-syarikat swasta atau indivudu-individu tertentu, orang ramai juga digesa agar mendapatkan nasihat daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan dan Agensi berkaitan terlebih dahulu.

MENANDATANGANI PETISYEN BERSATU KEPADA ANTI TIPU (B.E.R.K.A.T)

Salam kepada rakan-rakan ku, salam perpaduan, di sini saya ingin mengutarakan sebuah surat yang telah dikaryakan untuk meluahkan rasa terkilan dan kecewa degan apa yg berlaku disini, iaitu syarikat bumiputra menipu dan banyak makan duit anak bangsa kita sendiri!

Sehingga kini kita telah mendengar pelbagai cerita berkenaa Skim Cepat kaya atau secara ringkasnya SCK, daripada cerita Swisscash, Skim Pak Man Telo, skim tukaran matawang, emas dan sebagainya.

Betul ke anda boleh menjadi kaya dengan tanpa membuat apa-apa? hanya melabur dan mengoyangkan kaki? 

Walaupun dengan pelbagai paparan berita, deretan artikel-artikel di dalam surat khabar, dan cerita dari mulut ke mulut. Penduduk Malaysia masih tertipu oleh kaum-kaum yang rakus mencari keuntungan dengan menyedut hasil titik peluh penduduk Malaysia yang rata-ratanya adalah pada paras kewangan sederhana.

Untuk maklumkan rakan-rakan kita memerlukan SOKONGAN rakan-rakan dalam hal ini! Marilah kita bersama-sama membanteras pembohongan ini daripada terus berleluasa!

Silalah rakan-rakan menyebarkan surat dibawah ini dan memberi sokongan di dalam geran bersepadu ini, marilah kita bersama-sama menandatangani petisyen kepada badan-badan kerajaan untuk mengambil tindakan tegas!

Marilah bersama-sama mengetengahkan maklumat diri, maklumat projek-projek palsu ini dan tandatangan rakan-rakan yang pernah TERTIPU dan DITIPU oleh syarikat-syarikat bajingan ini!

Marilah bersama-sama menandatangani SOKONGAN ANDA DISINI!

LAMAN-LAMAN PORTAL UNTUK ADUAN-ADUAN BERKENAAN HAK ANDA:














Kosmo, Jumaat 18 Mac 2011


Kosmo, Jumaat 18 Mac 2011,
 Iklan terbaru daripada Megaherbs Bioextreme.

Kali ini mereka memaparkan iklan sebesar-besarnya bahawa dengan
MODAL RM 5,000 anda boleh mendapat 200 anak pokok Stevia percuma?!


Sebelum Modal RM3,000 dapat 100pokok = RM 30.00 satu anak pokok stevia. 
Bermakna harga anak pokok yang sebelum ini bernilai RM 30.00 sepokok telah turun kepada RM 25.00 sepokok?

Jadi bagaimana pula dengan harga bayaran pembelian balik hasil tuaian?? tidak dinyatakan di mana-mana pada iklan ini...adakah ianya akan turut turun?

HANYA SATU SOALAN BOLEH DITANYA:
Kenapa jumlah Modal dan juga apa yang akan diberikan dan juga keuntungan untuk program Keusahawanan ini sentiasa berubah-rubah? Megaherbs tidak pernah mempunyai pakej yang tetap, jelas dan terperinci?


DANA HAJI JASMAN

>> Petikan artikel Dalam Harian Metro Sabtu, 9 April 2011 oleh Mohd Ibrahim Muhaamad Hafis Nawawi dan Siti Na'imah Mohamed.

Kuala Lumpur: Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan 'menjual agama' sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa 'projek pelaburan' yang dijalankan mereka 'rahsia kerajaan' selain hanya dibenarkan golongan Muslim. 

Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai 'Dana Haji Jasman' mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk johor dan kini mula menular ke kuala lumpur serta beberapa negeri lain di semenanjung. 

Difahamkan, kini pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai  minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu

Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit 'menjual agama' kerana setiap pelaburan dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain 'berbaiah' dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk emmbeli pokok.

Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai 'kadi' dan 'pegawai agama' selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di Masjid dan surau.

Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skin pelaburan itu. 

"Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk Johor.

"Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya," katanya ketika ditemui disini, semalam.

Mencerita taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai 'kadi' atau 'pegawai agama'.

"Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan 'ceramah' di hotel selepas melakukan hebahhan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkosepkan Islam," katanya.

Menurutnya, dalam 'ceramah' berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.

"Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam temph tertentu selain tiak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok. 

"Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan, Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil 'pak cik' sebaliknya terdapat kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.

"Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan tersebut menghilangkan diri," katanya.
Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.

"Oran ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan sesuatu perkara mudah,"katanya.

Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.

Pengarah Jabatan Siasatan jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbuatan mereka itu satu pembohongan dan dosa besar.

"Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan golongan terbabit yang mengaku kotoh agma selagi latar belakang mereka tidak diselidiki sebelum menyerahkan wang kepada individu terbabit," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambahannya, pelaburan yang dijalankan kumpulan terbabit haram kerana menipu orang ramai selain mengingatkan masyarakat kepada pihak lebih arif sebelum menyertai sesuatu pelaburan.

Nama disebalik Pemilik Megaherbs Bioextreme



Tahukah anda siapa pemilik Megaherbs BioExtreme?? Sila nilai sendiri scan company registration ini...Zaliza Binti Zain, ini bukan Isterinya Zubir ke??

Dan tahukah anda tarikh tutup syarikat ini adalah pada 25hb April 2011 ini?